ANAK SYARIKAT STRAITS MEMPERCEPATKAN PERALIHAN TENAGA PERKAPALAN DENGAN PEMBEKALAN PERINTIS BIOFUEL MARIN BERTAULIAH ISCC EU DI MALAYSIA

Biz Digest
3 min readMay 2, 2024

KUALA LUMPUR — 30 April 2024 — Straits Energy Resources Berhad 海峡能源有限公司 (“Straits” atau “Kumpulan”), sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Tumpuan Megah Development Sdn Bhd (“Tumpuan Megah”), berjaya menyiapkan apa yang dipercayai sebagai penghantaran pertama biofuel marin yang diperakui dengan pensijilan Kemampanan Antarabangsa dan Pensijilan Karbon (“ISCC EU”) oleh pembekal dari Malaysia.

Dengan kerjasama Minerva Bunkering Pte Ltd, pembekal fizikal antarabangsa yang terbesar bagi bahan api marin, Tumpuan Megah membekalkan kira-kira 4,500 tan metrik biofuel marin B24 yang diperakui ISCC EU kepada kapal kontena yang dikendalikan oleh salah satu daripada tiga kumpulan logistik berintegrasi terbesar di dunia. Operasi bunkering tersebut berlangsung pada 25 April 2024 di Pelabuhan Tanjung Pelepas di negeri Johor.

Dato’ Sri Ron Ho Kam Choy, Pengarah Urusan Straits Energy Resources Berhad, berkata:

“Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Tumpuan Megah, dengan kerjasama Minerva Bunkering, telah berjaya membekalkan biofuel marin yang diperakui ISCC EU kepada sebuah kapal kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kami percaya ini adalah penghantaran pertama biofuel marin ISCC EU oleh pembekal dari Malaysia. Ini menunjuk komitmen kami untuk menyokong peralihan industri kepada bahan api alternatif dan mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar.

Biofuel marin yang mampan berpotensi untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan ketara dan mengurangkan jejak karbon (carbon footprint) keseluruhan operasi maritim. Walaubagaimanapun, pemain industri perkapalan juga mesti dapat membuktikan bahawa kandungan bio dalam bahan api mereka adalah mampan.

Pensijilan ISCC EU menyediakan industri perkapalan dengan jaminan yang amat diperlukan apabila ia berkaitan dengan kemampanan bahan kegunaan mereka, kebolehkesanan sepanjang rantaian bekalan, serta pengurangan pelepasan yang boleh diyakini dan disahkan.

Sebagai pembekal dan peniaga biofuel maritim yang diperakui ISCC EU yang pertama di Malaysia, dan salah satu pembekal terkemuka negara bagi bahan api bunker berkualiti, kami berkedudukan baik untuk memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan industri yang mampan. Memandangkan permintaan untuk biofuel marin meningkat pantas, kami menjangkakan perniagaan ini akan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan pendapatan masa depan kami.”

Tumpuan Megah terlibat terutamanya dalam perkhidmatan bunker kapal-ke-kapal serta operasi kapal tongkang pengangkut kargo. Pada Januari 2024, Straits mengumumkan bahawa Tumpuan Megah telah menjadi peserta industri Malaysia pertama yang mencapai pensijilan ISCC EU sebagai pembekal dan peniaga biofuel, menerajui usaha industri untuk mengurangkan jejak karbon perkapalan. Langkah itu juga menyediakan pentas untuk penerokaan Straits ke dalam industri perdagangan biofuel marin yang berkembang pesat dan industri bunkering.

Dengan pensijilan ISCC EU, pemain industri maritim boleh menunjukkan pematuhan terhadap kemampanan dan kriteria penjimatan pelepasan GHG Kesatuan Eropah (EU). Ini termasuk Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU (RED II), yang telah menetapkan garis panduan ketat yang biofuel boleh dianggap mampan. Pensijilan ISCC diiktiraf dalam pasaran tenaga utama, termasuk Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun dan Singapura.

***

--

--