FAJARBARU KEMBALI UNTUNG PADA TK2024 DENGAN REKOD PRESTASI KEWANGAN TERBAIK

Biz Digest
3 min readAug 29, 2024

--

- Pendapatan tahunan sebanyak RM497.41 juta, tertinggi sejak IPO

- Keuntungan bersih sebanyak RM55.47 juta, tertinggi sejak TK18

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2024Fajarbaru Builder Group Bhd (“Fajarbaru” atau “Kumpulan”) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM55.47 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 (“TK2024”), kembali mencatat keuntungan berbanding kerugian bersih sebanyak RM16.64 juta setahun yang lalu. Didorong oleh peningkatan sumbangan daripada segmen Pembangunan Hartanah dan Pembinaan, pendapatan Kumpulan mencecah RM497.41 juta, tertinggi sejak pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (“IPO”) pada tahun 1998 dan meningkat lebih dua kali ganda daripada RM224.06 juta bagi tahun berakhir 30 Jun 2023 (“TK2023”).

Untuk suku berakhir 30 Jun 2024 (“S4 FY2024”), Kumpulan melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM4.50 juta, berbanding kerugian bersih sebanyak RM20.23 juta setahun yang lalu. Pendapatan S4 TK2024 ialah RM154.99 juta, meningkat lebih dua kali ganda daripada RM72.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi kewangan yang lebih kukuh ini terutamanya didorong oleh penambahbaikan dalam segmen Pembangunan Hartanah.

Pada TK2024, prestasi kewangan Fajarbaru yang lebih baik ini terutamanya didorong oleh segmen Pembangunan Hartanah, yang mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (“PBT”) lebih empat kali ganda kepada RM96.51 juta pada TK2024, daripada RM21.05 juta pada TK2023. Pendapatan segmen ialah RM306.23 juta, meningkat lebih empat kali ganda daripada RM70.52 juta setahun yang lalu. Peningkatan pendapatan dan PBT ini terutama disumbangkan oleh pembangunan Vierra Residence @ Kinrara, yang mencatatkan kemajuan kerja yang berterusan berbanding tahun lalu.

Buku pesanan pembinaan Fajarbaru kini berjumlah kira-kira RM1.01 bilion, dengan RM68 juta diperuntukkan kepada projek pembangunan dalaman. Buku tender Kumpulan pula bernilai RM4.41 bilion setakat 30 Jun 2024.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru Tan Sri Dato’ Sri Chan Kong Choy

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru Tan Sri Dato’ Sri Chan Kong Choy berkata:

“Kami berbesar hati untuk melaporkan keputusan kewangan yang kukuh bagi TK2024, didorong oleh prestasi yang bertambah baik daripada segmen Hartanah dan Pembinaan kami. Terutama sekali, Kumpulan mencapai pendapatan tertinggi sejak IPO kami pada tahun 1998, bersama dengan keuntungan bersih terbaik dalam sedekad. Prestasi cemerlang kami ini adalah bukti minat berterusan terhadap projek hartanah kami, serta kepakaran dan kredibiliti kami dalam industri pembinaan.”

“Kami secara proaktif mengejar peluang baharu dengan menyertai tender dalam sektor swasta dan awam. Dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam bangunan bertingkat tinggi, infrastruktur, dan projek kereta api, kami berada dalam kedudukan yang strategik untuk memperluaskan buku pesanan Pembinaan kami. Matlamat kami adalah untuk memperoleh dan melaksanakan projek besar di seluruh Malaysia, mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan kecemerlangan di seluruh negara.”

“Sejajar dengan rancangan pertumbuhan jangka panjang kami untuk segmen Hartanah, Kumpulan akan berusaha untuk mengukuhkan reputasi jenama kami sebagai pemaju hartanah terkemuka. Kami juga akan meneroka peluang untuk meningkatkan saiz bank tanah kami melalui pengambilalihan strategik, menyokong projek pembangunan masa hadapan.”

“Apabila kami memasuki TK2025, kami akan memberi tumpuan untuk mengekalkan pertumbuhan pendapatan kami dengan memanfaatkan peluang baharu dalam segmen teras kami yang pelbagai, iaitu Pembinaan, Pembangunan Hartanah dan Perladangan. Kami menantikan satu lagi tahun pertumbuhan yang kukuh.”

***

--

--