FUJIFILM MELANCARKAN KAMERA HIBRID INSTAN ‘INSTAX WIDE EVO™’
· Model premium direka untuk menjadikan setiap tangkapan karya seni dengan pelbagai kesan yang menarik
· Memperkenalkan filem format WIDE baharu ‘Brushed Metallics’ dengan tekstur seakan logam dan reka bentuk mewah
1. Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. Instax Division Marketing Manager Tan Shook Chin (陈淑晶)
2. Fujifilm Instax Malaysia brand ambassador Erissa Puteri Hashim
3. Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. Managing Director Kensuke Aragane (荒金健介)
4. Fujifilm Instax Malaysia brand ambassador William Seng (成志缘)
5. Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. Electronic Imaging & Instax Division Senior Sales and Marketing Manager Thomas Kwan (关颂熹)
Petaling Jaya, 12 Februari 2025 — FUJIFILM Malaysia (Pengarah Urusan: Kensuke Aragane) mengumumkan pelancaran kamera hibrid instan premium, ‘instax WIDE Evo™’ (WIDE Evo) secara rasmi pada 12 Februari 2025 di Malaysia. Bagi meraikan pelancaran ini, promosi pembelian awal akan berlangsung sementara stok masih ada bermula 12 Februari. Dalam tempoh promosi, setiap pembelian WIDE Evo akan menerima sarung kamera premium dan kad MicroSD Sandisk 16GB secara percuma. Pembelian boleh dibuat melalui kedai dalam talian rasmi Fujifilm serta pengedar sah terpilih dalam talian dan luar talian.
Aragane dengan penuh keterujaan berkongsi bahawa, “‘WIDE Evo’, yang menjejaki kejayaan global ‘instax mini Evo™’, menyokong filem format WIDE bersaiz dua kali ganda kad standard. Kamera ini membolehkan pengguna mengambil gambar dengan melihat skrin LCD di bahagian belakang kamera dan memilih gambar kegemaran untuk dicetak. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai pencetak telefon pintar.”
Kamera ini menawarkan sepuluh kesan lensa termasuk ‘Magenta’ dan ‘Monochrome’ serta sepuluh kesan filem seperti ‘Light Leak’ dan ‘Color Gradient’. Dua jenis kesan ini boleh digabungkan secara bebas untuk mencipta ‘100 Kesan Penggambaran’. Buat pertama kalinya dalam siri instax™, kesan lensa juga dilengkapi dengan fungsi ‘degree control’, membolehkan pengguna melaras keamatan cahaya dan gradasi warna dalam 100 tahap, menghasilkan ekspresi gambar yang lebih terperinci dan tepat.
Selain itu, ciri ‘Film Style’, yang membingkai foto untuk cetakan instax™ yang lebih menarik, serta ‘Wide Angle Mode’, yang membolehkan tangkapan lebih dinamik dengan sudut lebih lebar, menambah daya tarikan format filem WIDE.
Gabungan ‘100 Kesan Penggambaran’, ‘Degree Control’, ‘Film Style’, dan ‘Wide Angle Mode’ menghasilkan 100,000 keupayaan ekspresi, menjadikan setiap tangkapan gambar sebagai sebuah karya seni.
“Kamera ini direka dengan gabungan warna hitam yang elegan dan bahan logam berkualiti tinggi. Pengguna boleh merasai pengalaman mengambil gambar dalam format WIDE dengan kawalan analog, seperti memilih kesan menggunakan pelbagai dail dan mencetak gambar dengan memutar ‘Print Crank’ secara manual,” tambah Aragane. Bersempena dengan pelancaran ‘WIDE Evo’, Fujifilm turut memperkenalkan filem format WIDE baharu ‘BRUSHED METALLICS’ yang menampilkan gradasi unik dan tekstur seakan logam.
Aplikasi khas※1 bagi kamera ini turut menawarkan fungsi ‘Discover Feed’, membolehkan pengguna melihat gambar cetakan instax™ yang dikongsi oleh pengguna ‘WIDE Evo’ di seluruh dunia bersama kombinasi kesan yang digunakan. Fungsi ini memberikan inspirasi baharu dalam fotografi. Selain itu, melalui Bluetooth※2, pengguna boleh menyimpan kesan kegemaran daripada ‘Discover Feed’ dan menggunakannya terus pada ‘WIDE Evo’ melalui aplikasi.
Fujifilm akan terus memperluaskan dunia fotografi segera ‘instax™’ yang membolehkan orang ramai menikmati cetakan gambar secara serta-merta.
***