HAILY RAIH PROJEK KEDIAMAN PERBANDARAN JOHOR BAHRU
BERNILAI RM53.8 JUTA

Biz Digest
2 min readJul 3, 2023

--

Kontrak itu membabitkan pembinaan 170 rumah kluster dua tingkat di Johor Bahru

KULAI, 3 Julai 2023 — Pakar pembinaan Haily Group Berhad (“Haily” atau “Kumpulan”) telah memperoleh kontrak pembinaan RM53.80 juta daripada Tasek Maju Realty Sdn Bhd (“Tasek Maju”) untuk membina 170-unit kediaman untuk perbandaran Taman Mutiara Maju di Johor Bahru. Kontrak ini, yang merupakan projek utama keempat yang diraih oleh Kumpulan pada tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah nilai kontrak projek berterusannya meningkat kepada RM713.56 juta.

Haily Group Berhad Founder and Executive Director, Mr. See Tin Hai

Untuk itu, anak syarikat milik penuh Haily, Haily Construction Sdn Bhd, telah menerima Surat Anugerah daripada Tasek Maju pada 26 Jun 2023 bagi pembinaan 170-unit rumah kluster dua tingkat dan kerja-kerja berkaitan.

Rumah yang masing-masing berukuran 32' x 70' itu akan ditempatkan di Fasa 3, Taman Mutiara Maju, Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kontrak itu akan bermula pada 17 Ogos 2023 dan dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan iaitu sehingga 17 November 2024.

Haily Group Berhad Pengasas dan Pengarah Eksekutif En. See Tin Hai berkata:

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tasek Maju, pemaju hartanah terkenal di Johor, dalam projek ini. Kontrak ini, antara pencapaian utama kami setakat ini, menunjukkan keyakinan yang diberikan ke atas peningkatan keupayaan kami untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan mengekalkan standard mutu kerja yang tinggi.

Terdapat banyak sebab untuk optimis mengenai prospek jangka panjang pembangunan hartanah dan industri pembinaan di Johor. Johor akan terus menjadi penerima manfaat projek infrastruktur utama, seperti pautan Sistem Transit Rapid (RTS), yang dijangka siap pada 2026. Dan tahun ini, beberapa pemaju terkemuka telah mengumumkan projek baharu di Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah lebih satu bilion ringgit.

Setakat ini pada tahun ini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM204.48 juta, yang telah melebihi apa yang kami perolehi untuk keseluruhan tahun 2022. Ketika kami terus meningkatkan jumlah nilai kontrak kami, kami kekal di landasan untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023. Kami akan terus berusaha ke arah mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi tahun ini.”

Haily telah memperoleh beberapa kontrak penting di tengah-tengah kebangkitan semula ekonomi Malaysia selepas COVID-19, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu kontraktor terkemuka Johor.

Kontrak utama yang disandang oleh Kumpulan pada tahun ini termasuk, antara lain, kontrak RM37.85 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd untuk membina 77 unit pejabat kedai tiga tingkat dalam projek Crest@Austin; kontrak RM78.28 juta untuk pembinaan 262 unit hartanah kediaman di Pontian, Johor daripada anak syarikat Gadang Holdings Berhad, Mandy Corporation Sdn Bhd; dan kontrak RM32.66 juta untuk pembinaan 186 unit kediaman di perbandaran Bandar Putra daripada Nice Frontier Sdn Bhd, ahli IOI Properties Group Berhad.

Kumpulan pada dasarnya merupakan kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia, khususnya Johor. Ia juga menyediakan jentera pembinaan untuk tujuan penyewaan.

***

--

--