Haily tawan projek kediaman RM32.7 juta untuk perbandaran IOI Properties

Biz Digest
3 min readMar 15, 2023

--

Kontrak ini melibatkan 186 rumah teres satu tingkat di Kulai

KULAI, 15 Mac 2023 — Pakar pembinaan Haily Group Berhad (“Haily” atau “Kumpulan”) memperoleh kontrak pembinaan RM32.66 juta daripada Nice Frontier Sdn Bhd (“Nice Frontier”), ahli kepada IOI Properties Group Berhad, untuk membina 186 unit kediaman untuk perbandaran Bandar Putra di sekitar Iskandar Malaysia. Kontrak ini, yang merupakan kontrak ketiga disandang oleh Kumpulan tahun ini, menjadikan jumlah nilai kontrak projek semasanya kepada RM657.87 juta.

Haily Group Berhad Business Premise at Kulai,Johor

Anak syarikat penuh Haily, Haily Construction Sdn Bhd, telah menerima Surat Anugerah pada 10 Mac 2023 daripada JYP Architects Sdn Bhd, arkitek yang dilantik oleh Nice Frontier untuk pembinaan 186 unit rumah teres satu tingkat dan 1 unit sub-stesen Tenaga Nasional Berhad.

Kediaman yang masing-masing berukuran 24’ x 75’ itu akan ditempatkan di Bandar Putra, Mukim Senai, Daerah Kulai di negeri Johor. Kontrak itu akan bermula pada 27 Mac 2023 dan dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan menjelang 26 Jun 2024.

Haily Group Berhad Founder and Executive Director, Mr. See Tin Hai (薛廷海)

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group Berhad Encik See Tin Hai berkata:

“Ini adalah satu lagi kontrak daripada Nice Frontier (ahli kepada IOI Properties Group Berhad). Ini menandakan kepercayaan mereka terhadap perkhidmatan dan kualiti kerja kami. Dalam tempoh kurang daripada tiga bulan dalam tahun ini, kami telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM148.79 juta. Dengan hanya beberapa kontrak ini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami telah berjaya mengatasi nilai kontrak yang diperolehi sepanjang tahun lepas.

Ini meletakkan kami di landasan yang betul untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023. Haily sedang giat berusaha ke arah mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi tahun ini.”

Pada awal November 2021, Haily telah memperoleh projek perumahan komuniti bernilai RM14.57 juta di Kulai daripada Nice Frontier. Kontrak itu melibatkan pembinaan dan penyiapan 216 rumah bandar strata berukuran 20’ x 60’ setiap satu.

Haily giat memenangi beberapa kontrak utama sejak pemulihan beransur-ansur ekonomi Malaysia daripada COVID-19, meletakkan syarikat di barisan hadapan dalam kalangan kontraktor terkemuka Johor.

Kontrak yang dimenangi oleh Kumpulan sejak penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 21 Julai 2021 termasuklah, kontrak bernilai RM24 juta untuk pembinaan 159 kediaman bertanah daripada Gunung Impian Development Sdn Bhd; kontrak bernilai RM24.5 juta yang dianugerahkan oleh anak syarikat Mah Sing Group Berhad untuk membina 155 rumah teres dua tingkat untuk perbandaran Meridin East; kontrak RM27.21 juta untuk pembinaan 176 kediaman bertanah daripada Gunung Impian Development Sdn Bhd; projek kediaman bernilai RM23.70 juta yang dianugerahkan oleh Factor Synergy Sdn Bhd di Kluang, Johor; kontrak RM40.67 juta untuk 99 unit kedai pejabat 3 tingkat di Tebrau, Johor daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd; kontrak RM41.28 juta daripada Country View Resources Sdn Bhd untuk pembinaan 121 unit vila bersambung 2 tingkat di Aurora Sentral, Pulai, Johor; kontrak RM17.50 juta yang diterima daripada anak syarikat Mah Sing Group Berhad untuk membina 108 kediaman bertanah di Parcel 2H3 perbandaran Meridin East; kontrak RM52.30 juta untuk pembinaan 283 rumah teres dua tingkat untuk anak syarikat Mah Sing Group Berhad di Parcel 1C perbandaran Meridin East; kontrak RM37.85 juta daripada Austin Senibong Development Sdn Bhd untuk membina 77 unit kedai pejabat tiga tingkat dalam projek Crest@Austin dan kontrak bernilai RM78.28 juta untuk pembinaan 262 unit hartanah kediaman di Pontian, Johor daripada anal syarikat Gadang Holdings Berhad, Mandy Corporation Sdn Bhd.

Pada dasarnya, Kumpulan merupakan kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia, khususnya Johor. Ia juga menyediakan jentera pembinaan untuk tujuan penyewaan.

--

--