KELAB SUKAN DAN REKREASI GEMILANG (GSRC) MEMPROMOSIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT MELALUI INISIATIF BANK MAKANAN DENGAN HOL 448 FOOD BANK

Biz Digest
3 min readApr 13, 2023

--

JOHOR BAHRU, 13 APRIL 2023 — Kelab Sukan & Rekreasi Gemilang (“GSRC”), yang ditubuhkan oleh para pekerja Gemilang International Limited (“GML”), mempromosikan inisiatif bank makanan dengan HOL 448 Food Bank dan menjemput orang ramai untuk menderma makanan bagi masyarakat yang memerlukan. Kelab yang ditubuhkan pada Julai 2022 ini menyasarkan untuk memupuk ikatan pasukan, komuniti yang aktif dan sihat, serta menggalakkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kalangan dan di luar kakitangan GML.

Sebagai sebahagian daripada iltizamnya terhadap CSR, GSRC telah menubuhkan pusat pengumpulan dalam syarikat untuk mengumpul barangan makanan pada setiap bulan. Barangan makanan adalah hasil sumbangan para pekerja dan kontraktor GML. Sejak Januari 2023, GSRC telah mengumpulkan sejumlah besar barangan makanan dan sumbangan kewangan untuk menyokong inisiatif bank makanan.

Dari kiri: Ms. Amber Lee (President, GSRC), Mr. Tee Tiam Yong (Operation Executive, Food Bank 448), Mr. Vincent Ong (Logistic committee, GSRC)

“Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong dan memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan,” kata Cik Amber Lee, Presiden GSRC. “Kami amat berbesar hati dengan kemurahan hati para pekerja dan kontraktor kami yang telah menyumbang kepada inisiatif bank makanan. Kami sangat teruja melihat komuniti GML bersatu hati demi memberi impak yang positif kepada mereka yang memerlukan.”

Inisiatif bank makanan hanyalah salah satu cara GSRC mempromosikan CSR dalam komunitinya. Kelab ini juga menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi secara berkala, termasuk sesi badminton setiap Jumaat, futsal dua kali sebulan, dan boling sesi suku tahunan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan sepasukan dan menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat di kalangan ahli GSRC. CIk Lee memetik, “Kami percaya dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab”. “Melalui inisiatif CSR ini, kami berhasrat untuk membuat perubahan positif dalam kehidupan masyarakat di sekeliling sambil menyumbang kepada sosial dan alam sekitar.”

Pekerja GML mengambil bahagian dalam Boling Sesi Suku Tahunan mereka

Selain aktiviti sukan, GSRC bertekad untuk mempromosikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kalangan ahlinya. Kelab ini menganjurkan aktiviti CSR secara berkala untuk menggalakkan komuniti GML menyumbang kembali kepada masyarakat. Pada November 2022, GSRC telah berjaya menganjurkan kempen derma darah. Selain daripada program bank makanan yang bermula dari Januari 2023, beberapa acara lain iaitu acara pembersihan pantai pada Mei 2023, dan satu lagi kempen derma darah juga dijadualkan pada Ogos 2023.

Pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah

GSRC berdedikasi untuk mempromosikan ikatan pasukan, gaya hidup sihat, dan tanggungjawab sosial korporat di kalangan ahlinya. Kelab ini mengalu-alukan NGO untuk menganjurkan acara CSR, memberi kesan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

***

--

--

Biz Digest
Biz Digest

Written by Biz Digest

Business News and Stock Analysis

No responses yet