PEMBEKAL INSINERATOR SISA PEPEJAL TERBESAR DI CHINA, SUS ENVIRONMENT, METERAI JDFA DENGAN CITAGLOBAL, MEMAJUKAN TENAGA LESTARI DI MALAYSIA

Biz Digest
3 min readJul 15, 2024

--

Melalui JDFA 51:49 dengan Citaglobal, SUS Environment mengulangi komitmen untuk menerajui projek WtE dan tenaga biojisim di Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 JULY 2024Citaglobal Bhd telah meterai perjanjian kerangka pembangunan bersama (joint development framework agreement, JDFA) dengan SUS Holding Limited, sebuah anak syarikat milik penuh syarikat induk Shanghai SUS Environment Co Ltd (“SUS Environment”), pembekal insinerator sisa pepejal terbesar di negara China dan pemaju terkemuka penyelesaian alam sekitar bersepadu.

Dengan JDFA ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam projek-projek sisa kepada tenaga (waste-to-energy, WtE) di negeri Pahang dan penukaran sisa pertanian seperti tandan kosong kelapa sawit (empty fruit bunches, EFB) dan sisa minyak sawit (palm oil sludge) kepada tenaga biojisim di Malaysia.

JDFA ini akan menjayakan matlamat SUS Environment dan Citaglobal untuk mengangani masalah pelupusan sisa di Malaysia, sambil mempromosikan peralihan tenaga bersih negara.

Pemeteraian JDFA ini adalah peringkat seterusnya dalam kerjasama antara SUS Environment dan Citaglobal, yang diformalisasi melalui MoU pada Ekspo China-ASEAN ke-20 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN pada 17 September 2023.

JDFA ini akan digunakan sebagai asas untuk perjanjian pemegang saham untuk syarikat tujuan khas (SPV) 51 (SUS Environment): 49 (Citaglobal) yang akan diperbadankan dalam tempoh enam bulan.

Di bawah JDFA ini, SUS Environment akan menyediakan pelaburan awal dan pembiayaan untuk projek-projek yang telah dikenal pasti. SUS Environment juga akan menjalankan kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (engineering, procurement, construction and commissioning, EPCC) untuk projek-projek ini. Tambahan pula, SUS Environment akan menjalankan operasi komersial projek-projek tersebut, setelah siap.

Antara tanggungjawab Citaglobal adalah untuk mendapatkan sumber sisa perbandaran (municipal waste) di negeri Pahang, serta EFB dan sisa minyak (sludge oil waste) di Malaysia yang boleh ditukar menjadi elektrik dan seterusnya dijual semula sebagai tenaga boleh diperbaharui. Citaglobal juga akan memperoleh kelulusan peraturan dan berurusan dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan pelaksanaan projek-projek tersebut berjaya.

Modal berbayar awal untuk SPV ini yang dicadangkan adalah RM1 juta, di mana RM510,000 oleh SUS Environment dan RM490,000 oleh Citaglobal, tertakluk kepada Rancangan Perniagaan dan Pembangunan yang akan dipersetujui oleh kedua-dua Pihak. Pelaburan awal ini oleh SUS Environment dan Citaglobal akan digunakan sebagai modal kerja mengikut Rancangan Perniagaan dan Pembangunan tersebut.

SUS Environment adalah syarikat berkaitan kerajaan (government-linked enterprise) yang diperbadankan di China. SUS Environment mempunyai pengalaman luas dalam rawatan sisa pepejal bandar, pembinaan taman industri eko, kejuruteraan WtE, perolehan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan, dan rawatan sisa pertanian dan perhutanan. SUS Environment telah diiktiraf sebagai salah satu daripada “sepuluh syarikat paling berpengaruh” dalam industri sisa pepejal China selama beberapa tahun berturut-turut. Dengan rakan niaganya dari Jepun, Hitachi Zosen Corporation, SUS Environment telah membangunkan lebih daripada 1,000 loji WtE di seluruh dunia.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria menyatakan, “Pengurusan sisa hari ini adalah tentang ‘menukar sampah menjadi harta’. Sisa boleh menjadi sumber yang berharga apabila diuruskan dengan cekap. Pengurusan sisa hari ini bukan lagi sekadar pelupusan. Ia melibatkan pengurusan sisa yang efisien, mengurangkan impak kepada alam sekitar, dan memaksimumkan penggunaan sumber.

Dengan SUS Environment, kami akan mengurangkan penjanaan sisa, mempromosikan pemprosesan semula sisa, dan memastikan pematuhan dengan peraturan alam sekitar.

“Di Malaysia, 38,000 tan sisa pepejal dikutip setiap hari. Sisa ini dibuang di tapak-tapak pelupusan yang meliputi 150 ekar tanah setiap tahun. Kerajaan Malaysia telah sedar bahawa ada keperluan untuk membangunkan sebuah loji WtE di setiap negeri.

“Setiap tahun, Malaysia menjana purata 14 juta tan sisa perbandaran. Sisa ini boleh ditukar menjadi bahan api hijau (green, renewable fuel feedstock) yang berharga. Bahan ini boleh digunakan untuk penjanaan haba dan kuasa dengan sistem pembakaran konvensional, gasifikasi atau pirolisis. Dengan menceburi industri WtE bersama SUS Environment, kami akan mengukuhkan lagi keupayaan kami dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui. Ini akan mengembangkan jejak kami dalam pasaran utama ini.”

***

--

--