TITIJAYA SASAR PERTUMBUHAN LEBIH BAIK PADA 2025 DENGAN FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT & PROJEK PERUMAHAN MAMPU MILIK
Kuala Lumpur, 15 Januari 2025 — Memulakan pasaran hartanah 2025, pemaju gaya hidup bandar Titijaya Land Berhad (“Titijaya” atau “Kumpulan”) melihat peningkatan permintaan untuk projek pembangunan berorientasikan transit (ToD) serta minat yang semakin meningkat terhadap hartanah mampu milik berharga antara RM300,000 hingga RM500,000. Permintaan ini adalah respons kepada kebimbangan mengenai inflasi dan kos sara hidup yang tinggi.
Titijaya hari ini mengeluarkan tinjauan pasaran bagi 2025 dengan tujuan memberikan pandangan kepada pemegang saham dan pihak berkepentingan industri mengenai trend utama pasaran hartanah serta hala tuju strategik Kumpulan.
Kumpulan yakin berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi trend pasaran ini melalui portfolio projek sedia ada serta tanah pegangan strategiknya. Fokus kepada pembangunan hartanah inovatif yang berorientasikan pelanggan turut menyokong usaha tersebut.
Permintaan yang semakin meningkat untuk projek ToD
Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit, berkata: “Memasuki 2025, kami melihat permintaan yang semakin meningkat untuk projek ToD, terutamanya dalam kalangan generasi muda pekerja bandar. Projek ToD yang direka dengan baik menawarkan gabungan pengalaman kehidupan dan pekerjaan bandar yang popular di bandar utama seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura.
Kami juga melihat gelombang pembangunan infrastruktur pengangkutan awam seperti Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) Fasa 2, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), MRT 3 Circle Line, LRT 3 dan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura turut memberikan dorongan kepada segmen ToD.
Paling penting, konsep ToD juga seiring dengan komitmen kami terhadap ESG dalam portfolio pembangunan. Dengan menumpukan pejabat, runcit dan kediaman dalam kawasan berhampiran stesen transit, projek ToD meningkatkan tarikan dan kecekapan pengangkutan awam, mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan mempromosikan perjalanan yang lebih singkat. Ini seterusnya meningkatkan produktiviti dan mengurangkan jejak karbon.”
Menjangka trend ini, pada 2019 kami melancarkan Riveria City, pembangunan ToD utama di KL Sentral. Fasa pertama Riveria City, The Riv, telah siap sepenuhnya dan terjual. Kini kami melancarkan Fasa 2, The Ria, untuk memenuhi permintaan projek ToD yang semakin meningkat.”
Riveria City adalah pembangunan bernilai RM1.5 bilion dengan jarak hanya 100 meter dari stesen monorel Tun Sambanthan serta berhampiran hab pengangkutan KL Sentral.
Dibangunkan bersama oleh Titijaya dan Prasarana Integrated Development Sdn Bhd, Riveria City bakal menjadi mercu tanda pembangunan bersepadu yang menggabungkan ruang runcit tepi sungai, pejabat moden, dan apartmen servis mewah.
Fasa 1, The Riv, adalah menara setinggi 54 tingkat dengan 784 suite pejabat bernilai GDV RM374 juta yang telah siap dan habis dijual sepenuhnya.
Susulan kejayaan The Riv, Titijaya melancarkan Fasa 2 Riveria City — The Ria — pada Julai 2024 dengan GDV RM588 juta dan dijangka siap pada suku pertama 2028. Projek setinggi 63 tingkat ini menawarkan 752 unit dengan konfigurasi dua hingga tiga bilik tidur berkeluasan 650 hingga 800 kaki persegi dan harga bermula RM685,000 ke atas. Sambutan pembeli amat positif.
Datuk Lim Poh Yit berkata: “Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2023 menyebabkan bayaran ansuran pinjaman perumahan bulanan lebih tinggi. Bank Negara telah menaikkan OPR sebanyak lima kali, dengan jumlah keseluruhan 125 mata asas sejak Mei 2022. Pemegang pinjaman kadar terapung paling terkesan dengan kenaikan OPR ini.
Dengan kebimbangan mengenai kenaikan inflasi, rasionalisasi subsidi dan kemungkinan kenaikan kadar faedah pada 2025, pembeli kini lebih berhati-hati dalam berbelanja. Hartanah dalam lingkungan RM500,000 hingga RM700,000 yang dahulunya menjadi pilihan kini beralih kepada unit berharga sekitar RM300,000.
Dengan bank tanah strategik seluas 109 ekar di bandar utama Lembah Klang, kami bersedia memenuhi permintaan ini dengan menawarkan pilihan perumahan mampu milik. Kami yakin usaha ini dapat menyediakan peluang pemilikan rumah kepada komuniti yang pelbagai.”
“Fokus FYE2024 adalah untuk menyelesaikan inventori dengan penyerahan pelbagai pembangunan. FYE2025 pula akan menyaksikan pelancaran beberapa projek baharu termasuk Fasa 2 pembangunan kediaman di Newton @ Jalan Ampang dan projek kediaman Seri Residency di Klang Utara.
Prestasi stabil yang dicapai pada FYE2024 seiring dengan jangkaan kami. Namun, kami yakin pertumbuhan lebih kukuh dapat dicapai pada FYE2025 menerusi fokus strategik kepada pembangunan ToD.”
***