TP TEC HOLDING DIBUKA PADA PREMIUM 30% DI BURSA MALAYSIA
Syarikat bersedia memanfaatkan permintaan terhadap penyelesaian tenaga berikutan peningkatan pelaburan dalam sambungan 5G, pusat data dan infrastruktur berskala besar
1. Marcus Lau Poh Leong (刘保良), General Manager, Finance & Administration
2. Eric Chew Ching Hou (周子豪), Chief Executive Officer, TP TEC Holding Berhad
3. Lau Poh Keong (刘宝强), Managing Director, TP TEC Holding Berhad
4. Leong Kok Jiann (梁国健), Executive Director, TP TEC Holding Berhad
5. Dr. Jeffrey Chin (陈福强博士), Head of Corporate Finance, TP TEC Holding Berhad
6. Khor Chee Pin (许瀚匀), Product Manager, TP Parts Sdn Bhd
KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2024 — TP TEC Holding Berhad (“TP TEC Holding” atau “Syarikat”), hari ini memulakan penyenaraiannya di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Saham syarikat ini didagangkan dengan simbol “TPTEC” dan kod saham “03061”. Saham dibuka pada 13 sen, naik 3 sen atau 30% premium daripada harga tawanran awam permulaan (IPO) 10 sen. Penyenaraian ini merupakan pencapaian penting dalam strategi pengembangan Syarikat, membolehkannya memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga berikutan aliran pelaburan ke dalam sambungan 5G, pusat data, dan infrastruktur berskala besar di Malaysia.
Penyenaraian ini dijangka memperkukuh kedudukan TP TEC Holding dalam pasaran operasinya, meningkatkan profil korporat serta menyumbang kepada usaha untuk memperluaskan pangkalan pelanggan. Ia juga memberi peluang kepada Syarikat untuk mengakses pasaran modal bagi tujuan pengumpulan dana pada masa hadapan, sekali gus memperkasakan keupayaannya dalam meneroka peluang pertumbuhan baharu.
“Hari ini merupakan detik bersejarah buat TP TEC Holding apabila kami tersenarai di Pasaran LEAP Bursa Malaysia,” kata Pengarah Urusan TP TEC Holding, Lau Poh Keong. “Penyenaraian ini membuktikan kekuatan model perniagaan kami dan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian tenaga dan peralatan yang inovatif, boleh dipercayai, dan mampan. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan profil korporat kami, malah memposisikan kami untuk memanfaatkan pasaran modal bagi pertumbuhan masa hadapan.”
Ketua Pegawai Eksekutif TP TEC Holding, Eric Chew, menambah, “Penyenaraian ini hadir pada waktu yang penuh dengan peluang untuk Syarikat. Penyelesaian tenaga khusus kami memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sambungan dan infrastruktur, terutamanya di kawasan terpencil, luar bandar dan lokasi luar grid. Dengan pelaksanaan pantas 5G dan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), peningkatan pelaburan ke dalam pusat data di seluruh negara, serta pembangunan berterusan projek infrastruktur utama, kami bersedia memenuhi permintaan terhadap penyelesaian tenaga yang cekap dan boleh skala.”
1. Marcus Lau Poh Leong (刘保良), General Manager, Finance & Administration
2. Eric Chew Ching Hou (周子豪), Chief Executive Officer, TP TEC Holding Berhad
3. Lau Poh Keong (刘宝强), Managing Director, TP TEC Holding Berhad
4. Leong Kok Jiann (梁国健), Executive Director, TP TEC Holding Berhad
5. Dr. Jeffrey Chin (陈福强博士), Head of Corporate Finance, TP TEC Holding Berhad
6. Khor Chee Pin (许瀚匀), Product Manager, TP Parts Sdn Bhd
Berdasarkan Harga Rujukan Penyenaraian sebanyak RM0.10, Syarikat kini mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM25.00 juta. Penyenaraian ini dilakukan melalui cara pengenalan, tanpa penerbitan saham baharu atau pengumpulan dana tambahan. Bagaimanapun, sebelum penyenaraian, TP TEC Holding telah berjaya mengumpul RM2.50 juta menerusi langganan saham secara peribadi pada Ogos 2024. Sebanyak 60% hasil daripada langkah ini akan digunakan untuk memperluaskan armada penjana tenaga Syarikat, manakala baki 40% akan digunakan untuk menampung kos penyenaraian.
Sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, TP TEC Holding mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 76.78% kepada RM19.87 juta, terutamanya didorong oleh permintaan tinggi untuk penyewaan penjana tenaga daripada industri telekomunikasi. Pendapatan lebih tinggi ini turut membawa kepada peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 136.36% kepada RM1.30 juta berbanding tahun kewangan sebelumnya.
Syarikat terus menyaksikan momentum kukuh sepanjang tempoh kewangan sembilan bulan yang belum diaudit berakhir 30 September 2024. Pendapatan bagi tempoh ini meningkat sebanyak 89.18% tahun ke tahun kepada RM25.88 juta, dengan keuntungan selepas cukai melonjak 214.29% kepada RM2.64 juta. Prestasi cemerlang ini juga didorong oleh permintaan tinggi terhadap penyewaan penjana tenaga daripada industri telekomunikasi.
Menurut firma penyelidikan dan perunding bebas, Providence Strategic Partners Sdn Bhd (“Providence”), pasaran penyewaan penjana tenaga di Malaysia — sebahagian daripada pasaran mesin dan peralatan ringan — telah berkembang daripada RM300.00 juta pada 2020 kepada RM453.60 juta pada 2023. Providence menjangkakan pasaran ini akan meningkat kepada RM680.00 juta menjelang 2026, didorong oleh pertumbuhan pasaran pengguna akhir seperti pusat data, telekomunikasi, dan pembinaan. Pemacu tambahan lain termasuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang, peningkatan populasi dan urbanisasi, serta peningkatan pelaburan asing dan domestik.
***